SEJARAH IKBN NAKA


Sumber : Website IKBN Naka





Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka merupakan salah sebuah Institut Latihan Kemahiran Awam (ILA) yang bernaung sepenuhnya di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Institut ini yang terletak 40KM dari bandaraya Alor Setar, Kedah telah mula beroperasi pada Oktober 2010. Institut yang dibina di atas tanah dengan keluasan 58 ekar turut dilengkapi dengan kemudahan Blok Pentadbiran, Bangunan Bengkel, Dewan Serbaguna, Surau, Dewan Makan serta Asrama Lelaki dan Perempuan yang mampu menampung kapasiti pelajar seramai 500 orang pada satu-satu masa.


Institut Kemahiran Belia Negara Naka ditubuhkan bertujuan menyedia dan melaksanakan program latihan kemahiran kepada para belia lepasan sekolah dan pekerja sektor perindustrian supaya berpeluang mendapatkan kemahiran dalam bidang tertentu untuk memenuhi permintaan pasaran.



No comments:

Post a Comment