Monday, April 25, 2016

PAIP PVC

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum W.B.T.

Post ini bertujuan untuk membantu dan menerangkan pelatih bagi mengenalpasti dan memahami tentang kegunaan serta jenis-jenis pemaipan yang di gunakan di dalam sistem penyejukan dan penyaman udara dan pelatih tahu teknik-teknik menggunakannya dengan betul supaya dapat menepati piawaian pemasangan dan penyelenggaraan.


PENGENALAN




Pada masa ini, paip PVC telah pun digunakan dengan meluasnya, terutama di daerah-daerah yang mempunyai tanah yang beracun atau berasid dimana jika menggunakan paip galvani ia mudah berkarat atau sebagainya. Paip PVC kebanyakan digunakan kerana kos yang murah, mudah melakukan kerja-kerja pemasangan, tidak berkarat, ringan kurang penyelanggaraan. Dengan faktor-faktor ini paip ini sangat sesuai dan di gunakan dengan meluas.


Paip PVC boleh didapati di dalam tiga jenis:


1.    UPVC – Unplasticised polyvinly chloride.
2.    PPVC  – Placticised polyvinly chloride
3.    CPVC – Chlorinated polyvinly chloride

Di antara ketiganya paip UPVC di gunakan dengan meluasnya. Sifatnya yang kuat (mechanical strength) daripada yang lain membuatnya lebih baik.



Kebaikan PVC:
   
Ringan dan senang di sambung serta mudah dipasang. Harganya juga murah. Permukaan dalam yang licin dengan ini tidak akan memberi halangan atau rintangan yang teruk terhadap pengaliran cecair. Ianya juga tidak berkarat. Mampu menahan suhu sehingga 60 0C dan juga tekanan dari 12 hingga 14 kg/cm2 atau 170 hingga 200 lb/in2.

Keburukan PVC:

Tidak sanggup menahan perubahan suhu sehingga keparas bawah 00C, ditahap ini paip PVC menjadi brittle yang mudah pecah dan sebaliknya akan menjadi lembut apabila mencapai 1500 C (3020F) ke atas. Mechanical strenghtnya tidak sebaiknya paip-paip yang di perbuat daripada logam. Tidak juga sesuai di pasang ataupun di gunakan pada tempat-tempat terdedah pada cahaya matahari kerana kerana warnanya lam-lama akan luntur. Oleh kerana permukaan yang licin ia akan mudah tercalar jika hendaklah berhati-hati dan cermat apabila bekerja dengan paip PVC.










No comments:

Post a Comment