Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.
Post ini bertujuan menerangkan jenis-jenis
penyambungan pemaipan serta peralatan-peralatan yang digunakan supaya dapat
memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran pelajar untuk melaksanakan
kerja-kerja penyambungan pemaipan tiub dalam sistem penyejukan.
JENIS-JENIS
SAMBUNGAN PEMAIPAN TIUB KUPRUM
Kerja-kerja pemaipan memerlukan penyambungan di mana perlu, dalam
kerja-kerja pemaipan penyejukan tiub boleh disambungkan dengan tiga cara
seperti berikut,
i. Swaging
ii. Flaring
iii. Pinching
i) Swaging
Sambungan jenis ini ialah sambungan kekal, ia menggabungkan proses swaging dan juga brazing (pateri keras), untuk membuat swaging ia hanya boleh dilakukan ke atas tiub kuprum jenis lembut
sahaja dengan menggunakan swaging tools
dan untuk tiub yang mempunyai saiz OD (outside
diameter) yang sama.
ii) Flaring
Fitting jenis ini biasa
digunakan dalam kerja-kerja penyambungan tiub kuprum, ia sejenis sambungan
untuk tiub yang tidak kekal dan boleh dibuka dan disambungkan semula, oleh itu
ia kerap digunakan dalam sistem penyaman udara jenis pisah yang mana unit indoor dan outdoor perlu disambungkan
semasa pemasangannya.
Untuk membuat sambungan ini ia memerlukan penggunaan flaring
tool untuk membuat kembang (flare)
dan juga fitting yang terdiri dari flare
nut dan juga flare union yang diperbuat dari
bahan loyang (brass).
iii Pinching
Selain dari mengukur, memotong, flaring
dan swaging, pinching juga merupakan
satu proses yang perlu dilakukan dari masa ke semasa dalam kerja fabrikasi
pemaipan kitaran penyejukan.
Makna pinching
Makna pinching secara umum
ialah kemekkan, dalam pemaipan sistem kitaran penyejukan seorang mekanik perlu
untuk mengemekkan tiub kuprum untuk menjalankan kerja-kerja seperti berikut:
i. menyambung tiub kuprum.
ii. menutup (sealed) hujung tiub kuprum.
No comments:
Post a Comment