Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t...
Hari ini Cikgu nak share tips murah rezeki di pagi hari.....
Siapapun orangnya pasti pernah mengalami kesulitan mendapat rezekiSiapapun orangnya mesti pernah mengalami masalah kewangan.
Yang sedihnya ada yang mengambil jalan pintas tanpa berfikir panjang lantas memijam duit dari Ahlong dan ada yang sampai meragut,pecah amanah dan pecah rumah orang..
Yang lebih parah sanggup merosakkan akidah pergi berjumpa bomoh konon boleh dapat “nombor”..
Kita mengaku kita muslim,kita ada Allah tapi mengapa tidak dekatkan diri denganNYA dan berdoalah apa yang kita hajati..Mengadulah tentang masalah yang sedang kita hadapi..
Berikut ini saya kongsikan kepada anda suatu amalan pemanggil rezeki dan pembuka pintu-pintu rezeki yang menjadi amalan orang-orang soleh..
1. Banyakkan beristighfar
Kata Nabi Nuh ‘alaihis salam:Aku katakana kepda kaumku”Beristighfarlah kamu kepada Tuhan,sesungguhnya DIA adalah pengampun..Kalau kamu istighfar DIA akan turunkan kepada kamu hujan dan DIA kan membanyakkan harta dan anak pinakmu dan DIA akan menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan sungai-sungai”
Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa datang seseorang kepada imam Hasan al-Basri r.a mengadu tentang tanahnya yang tidak subur lalu jawab Hasan al-Basri: “BERISTIGHFARLAH”..Datang pula yang lain mengadu kemiskinan,jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Datang lagi yang lain minta doa agar direzkikan seorang anak, jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama sedangkan didatangkan persoalan yang berbeza. Kata imam Hasan al Basri:“Ini bukanlah pendapatku,inilah yang Nabi Nuh a.s sebut”
2. Doa murah rezeki yang dibacakan oleh Nabi SAW kepada Anas bin Malik RA
اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله
Allahumma aksir maalahu wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.
Maksudnya: Ya Allah,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya…
Doa ini untuk didoakan kepada seorang lelaki..kerana Nabi doakan kepada Anas..kalau nak doakan untuk (dia) seorang wanita maka tukarlah dhomir(kata ganti nama) huwa(hu) kepada dhomir hiya(ha) seperti berikut :
اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَها وَوَلَدَها ووالسع لها في دارها وَبَارِكْ لَها فيما اعطيتها واحسن اعمالها والغفرلها
Adapun jika anda mahu amalkan doa ini untuk diri sendiri maka tukarkan dhomir huwa(dia lk) atau hiya(dia wanita) kepada dhomir ana seperti berikut :
اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالي وَوَلَدي ووالسع لي في داري وَبَارِكْ لَي فيما اعطيتني واحسن اعمالي والغفرلي
Allahumma , aksir maali, wa waladi, wa wassi’ li fi dari, wa barikli fi ma a’toitani, wa ahsin a’mali, warghfirli.
Maksudnya: Ya Allah,perbanyakkanlah hartaku dan anak-anak-anakku dan luaskanlah rumahku dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadaku dan perbaikilah amalanku dan ampunkan untukku…
Berkat doa Nabi s.a.w kepada Anas r.a Allah telah panjangkan umur Anas bin Malik dan kurniakannya anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri: “Demi Allah,hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.”
Diriwayatkan Anas dilimpahkan kekayaan,dikurniakan ramai anak ( 120 orang ) dan umurnya ketika wafat 104 tahun(saturiwayat) dan beliau telah meriwayatkan 2200 hadith Nabi SAW.
Lazimi doa ini ketika sujud dan selepas solat dengan bersungguh-sungguh mengharapkan rezeki yang diminta..
3. Selawat Murah Rezeki
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُوَسِّعُ بِهاَ عَلَينَا الأَرْزَاقِ وتحَسِّنُ بِهَا لَناَ الأَخْلاَق
وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم
Allaahumma solli ‘alaa sayyidina Muhammad
solaatan tuwassi ‘u bihaa ‘alainal arzaak
watuhassinu bihaa lanal akhlaak
wa ‘alaa ‘aalihi wasohbihi wasallim
Ya.Allah rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan atas Muhammad rasulullah dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkan kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya
Amalkan selawat ini dengan ikhlas berselawat ke atas Nabi s.a.w..Mudah-mudahan berkat selawat ke atas Nabi ini diluaskan dan dilapangkan rezeki..
4. Ayat Seribu Dinar
Wa mayyataqillaha yajj’allahu makhroja Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib,
Wamayyatawakal ‘alallahi fahuwa hasbuhu.Innallah baalighul amrih.Qod ja’allahu
Likulli syai’in qodroo
Terjemahannya :
Barangsiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq,dari ayat dua dan tiga..
Kaedah beramal:
Amalkan setiap selepas solat subuh..Kalau dapat amalkan setiap kali selepas solat fardu lagilah baik.Baca sebnyak 7 kali dan ulang 3 kali pada ayat “Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib”
Sumber perkongsian adalah dari blog INI
No comments:
Post a Comment